Pelanggan-pelanggan yang dihormati, .Air Selangor ingin menunjukkan 2 senario penggunaan air bagi para pelanggan domestik yang kebiasaannya menggunakan air sebanyak 20 meter padu air sebulan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun, semasa pelaksanaan PKP, penggunaan air telah meningkat sebanyak 50% atau bersamaan 30 meter padu sebulan. . - Senario 1 menunjukkan pelarasan yang akan dibuat sekiranya bil bulan Mei 2020 telah dikeluarkan berdasarkan bacaan meter sebenar atau normal. . – Senario 2 pula menunjukkan pelarasan yang akan dibuat sekiranya bil bulan Mei 2020 yang dikeluarkan masih berdasarkan bacaan anggaran. Kepada para pelanggan yang telah menerima bil bulan Jun 2020 tanpa pelarasan PKP, pelarasan akan dibuat pada bil air bulan Julai 2020 dan kaedah pengiraan adalah berdasarkan kepada pelarasan PKP di mana purata penggunaan akan mengambil kira bacaan bil anggaran dan bacaan sebenar pertama dalam tempoh PKP.