28、Jawab semua soalan kefahaman berpandukan teks di bawah. Pada hari Ahad yang lalu, Hanif dan keluarganya berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Mereka bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi. Mereka tiba di destinasi pada pukul 10.00 pagi. Di sana terdapat ramai pengunjung. Terdapat juga peniaga menjual pelbagai barangan seperti topi, tikar, bola dan lain-lain. Apabila sampai di Port Dickson, Hanif dan abangnya terus berenang di laut. Mereka juga bermain bola tampar pantai. Adik Hanif pula membuat istana pasir. Manakala kakak dan ayah Hanif memasang khemah sambil mendengar muzik. Ibu Hanif menghidangkan makanan dan minuman yang dibawa dari rumah seperti mi goreng, nasi lemak dan jus mangga. Selepas menikmati makanan yang dibawa, mereka berehat di bawah pokok sambil melihat pemandangan yang indah. Pada sebelah petang, mereka pulang ke rumah. Mereka berasa sangat gembira. 1) Bilakah Hanif dan keluarganya pergi berkelah? (2 markah) ....................................................................................................................................................................................................................................................................Answer: