Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’. SCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor tempatan melalui analisa terhadap jawapan-jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap 7 parameter yang ditetapkan. 7 parameter tersebut adalah : i. Prestasi Perniagaan ii. Keupayaan Kewangan iii. Keupayaan Teknikal iv. Pengurusan Projek v. Pengurusan Perolehan vi. Amalan Terbaik vii. Keupayaan Pengurusan