Kegiatan memancing ikan merupakan salah satu cara untuk mengisi masa lapang kita. Kita boleh melakukan kegiatan ini bersama rakan atau ahli keluarga kita pada cuti umum atau pada hujung minggu. Hal ini terjadi demikian kerana kegiatan ini sememangnya banyak mempunyai kepentingan kepada kita. Jika kegiatan ini dilakukan bersama ahli keluarga, pastinya akan dapat mengeratkan hubungan keluarga kita. Selain itu, memancing ikan juga telah dikenal pasti sebagai kegiatan yang amat menyeronokkan,selain mampu menghilangkan tekanan dan keletihan setelah seseorang itu penat bekerja.Bayangkanlah apabila joran yang dipasang memperoleh seekor ikan yang besar,tentu sekali kita akan berasa seronok. Ikan yang kita peroleh ini pula boleh dijual untuk memperoleh pendapatan sampingan keluarga kita atau dapat dijadikan hidangan. Memancing ini juga boleh dijadikan salah satu cara untuk kita berehat atau menenangkan fikiran. Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa memancing ikan banyak mendatangkanfaedah kepada kita.