Syarikat hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa atau yang berdaftar, bagi pengeluaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syarikat hendaklah juga mewujudkan sistem bekerja dari rumah bagi pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti yang kritikal;