Disebabkan tidak mampu bawa anak-anak keluar dan saya tahu anak-anak akan bosan bila duduk di rumah tanpa ada aktiviti luar rumah, saya ajak mereka buat beberapa aktiviti yang boleh menyeronokkan mereka. Contohnya, hujung minggu yang lalu saya ajak anak-anak cuci kereta. Isi air sabun sebaldi, beri seorang satu kain untuk mengelap, pakaikan baju yang bersesuaian, maka bolehlah mula membasuh kereta.