Sehubungan itu, fungsi Taman Botani Perak terbahagi kepada dua iaitu fungsi utama dan fungsi sokongan. Menerusi fungsi utama, terdapat tiga komponen yang menjadi keutamaan iaitu pemuliharaan, penyelidikan dan pendidikan. Manakala bagi fungsi sokongan pula adalah warisan, budaya, rekreasi dan pelancongan. Terdapat beberapa perbezaan antara taman botani dengan taman awam yang mana salah satu daripadanya ialah taman botani lebih bersifat pasif manakala taman awam adalah sebaliknya.