Proses pendaftaran peperiksaan oleh calon hanya lengkap selepas JPN mengesahkan pendaftaran. Calon boleh menyemak status pengesahan pendaftaran peperiksaan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) mulai 18/07/2021. Angka Giliran calon akan dipaparkan dalam PPP sebagai bukti pengesahan pendaftaran peperiksaan.