Kebanjiran informasi melalui pelbagai medium dapat mempengaruhi sama ada informasi mahupunkarakter sesuatu informasi. Penyebaran informasi menjadi semakin ringkas dalam pelbagai bentuk sepertiteks, visual, audio, dan grafik melalui pelbagai medium yang muncul sealiran dengan pembangunanteknologi. Apabila penyebaran informasi bertukar kepada bentuk yang lebih ringkas, maka menyukarkankhalayak dalam membuat interpretasi ke atas setiap informasi yang disebarkan (Potter, 2004). Pandanganini turut dipersetujui oleh Harris (2006) yang memberi pandangan bahawa visual merupakan elemen yangamat penting dalam sistem komunikasi sejak dari dahulu lagi. Tambahnya, manusia berkomunikasisesama sendiri dengan menggunakan visual terlebih dahulu sebelum mereka berkembang danbertamadun. Visual ini telah menyampaikan mesej mereka kepada generasi yang seterusnya.Persembahan menggunakan visual telah berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Bermuladaripada pelbagai visual yang diconteng di dinding gua berubah kepada visual yang dipancarkan melaluitelevisyen dan komputer (Harris, 2006).