Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan 1. Pendidikan Alam Sekitar (PA) telah diperkenalkan sebagai salah satu elemen merentas kurikulum sejak tahun 1985 2. PA dapat membantu masyarakat menyedari dan memahami isu alam sekitar serta menguasai kemahiran serta kesungguhan mengatasi serta mengekalkan kualiti alam sekitar 3. Pencemaran air adalah antara isu alam sekitar yang sering dibincangkan. Bahan kimia beracun dapat mengubah warna air dan meningkatkan jumlah mineral - juga dikenali sebagai eutrofikasi - yang memberi kesan buruk kepada kehidupan di dalam air 4.