Taman Botani Perak ini terletak di Mukim Tupai, Daerah Larut dan Matang dengan keluasan sebanyak 56.5 ekar. Taman Botani Perak merupakan sebahagian daripada rizab kawasan lapang Taman Tasik Taiping di mana pembinaannya meliputi tiga fasa dengan kos keseluruhan RM30 juta.