Sebutan baku didasarkan pada sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Asas sebutan fonemik ialah kata-kata dieja sebagaimana yang diucapkan, dan diucapkan sebagaimana yang dieja, dan tidak ada huruf yang senyap.Sebutan kata hendaklah didasarkan pada ejaan dengan pengertian bahawa setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu.