Sumber yang boleh dibaharui sentiasa ada kerana dibaharui melalui proses semula jadi. Sumber-sumber yang tidak akan habis ini adalah seperti tenaga suria, angin, hidro dan gelombang. Sepatutnya kita perlu menggunakan sumber-sumber alam yang boleh dibaharui. Kita tidak sepatutnya menebang pokok-pokok di hutan secara sewenang-wenangnya. Pokok-pokok di hutan mesti ditanam semula supaya sumbernya dapat dikekalkan. Sekiranya kita menggunakan sumber yang tidak diperbaharui secara berlebihan, kita akan menghadapi masalah kekurangan sumber berkenaan pada masa depan.