Pemaju hendaklah memastikan bahawa longkang-longkang yang terdapat di kawasan berkenaan sentiasa dijaga dan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan sebarang takungan air yang boleh menyebabkan serangga membiak. Selain daripada itu pengaliran air keluar dari tapak perlu dijaga untuk mengelakkan berlaku sebarang banjir kilat apabila hujan lebat turun.