Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Malaysia International Health Regulation (IHR) Focal Point telah dimaklumkan oleh Singapore IHR Focal Point berkenaan kes positif 2019-nCoV ke-39 di Singapura yang merupakan seorang warganegara Singapura dan mempunyai sejarah ke Malaysia pada 23 Januari hingga 2 Februari 2020. Beliau telah disahkan positif 2019-nCoV melalui ujian makmal pada 8 Februari 2020 di Singapura. Pihak Singapore IHR Focal Point juga memaklumkan terdapat terdapat 4 orang warganegara Malaysia tersenarai di dalam kontak rapat kes berkenaan.