Produksi Les’ Copaque hari ini mengumumkan saluran YouTube milik mereka layak menjadi penerima pertama anugerah The Diamond Play Button dalam kalangan pencipta kandungan tempatan.Syarikat animasi terbabit berkata, mereka berada dalam kelompok berkenaan selepas saluran yang memaparkan kandungan kisah berasaskan Upin dan Ipin itu menerima 10 juta pelanggan.“Kami adalah saluran YouTube Malaysia pertama di Malaysia yang mempunyai 10 juta pelanggan dan bakal dianugerahkan The Diamond Play Button.“Terima kasih seikhlasnya dari lubuk hati kami kepada peminat yang tidak henti-henti menyokong dan yakin kepada kami,” kata syarikat itu di media sosial.Pengasas Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi, turut berkongsi berita gembira berkenaan.“Terima kasih untuk 10 juta pelanggan Diamond Play Button Award,” katanya.