Struktur bumbung plastik bersifat lut sinar dan fungsi utama bahan ini adalah untuk kalis hujan. Hal ini demikian kerana hujan berlebihan di negara kita akan merosakkan tanaman sayur-sayuran. Di samping itu, fungsi bumbung plastik juga untuk menapis sinaran ultralembayung dan sinaran gelombang lembayung panjang yang juga tidak sesuai untuk tanaman sayur-sayuran. Penggunaan rumah plastik menghasilkan sayur-sayuran yang lebih sihat dan berpotensi mengeluarkan hasil dan kualiti yang baik.