Berdasarkan maklumat yang diberikan, siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta bagi pengesanan kontak rapat berikut dan langkah pencegahan dan kawalan juga telah dilakukan. Keempat-empat kontak telah berjaya dikesan dan tiada seorang pun yang mengalami gejala jangkitan salur pernafasan. Kesemua mereka telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk disaring dan sampel klinikal telah diambil bagi ujian pengesahan. Ujian pengesahan yang dijalankan menunjukkan keempat-empat kontak rapat ini adalah negatif 2019-nCoV. Kesemua kontak rapat ini telah diletakan di bawah perintah pemerhatian dan pengawasan.