Masyarakat Melayu sangat mementingkan unsur metafora dalam kehidupan harian mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka mengutamakan kesopanan ketika berbahasa. Melalui cara inilah, mereka mengutarakan idea dan pemikiran mereka.Fikiran dan falsafah akan mudah disampaikan. Penyampaiannya dilakukan secara kiasan tanpa menyebabkan seseorang berasa tersinggung atau sakit hati mendengar teguran dan nasihat yang diberikan oleh sesama masyarakat itu.