Peringkat Pembinaan • Pencemaran habuk akibat aktiviti pembinaan adalah sementara. • Pembebasan ekzos semasa pembinaan Projek adalah sedikit. Peringkat Operasi • Semasa operasi normal, GLC yang dikira untuk kriteria pencemar yang dikenal pasti di reseptor sensitif udara (ASR) luar tapak memenuhi MAAQS pada tahun 2020 kecuali PM2.5 di asrama, Kampung Sungai Kelambu dan Bandar Mahkota Banting. Ini disebabkan oleh tahap garis dasar yang tinggi di kawasan-kawasan tersebut. Penilaian lanjut ke atas sumbangan berdasarkan 25% threshold untuk standard IFC yang diterma pakai menunjukkan bahawa MAIC yang diramalkan berada di bawah 8.75 μg/m3. • Semasa keadaan tidak normal, jangka masa purata 1 jam untuk pencemar udara yang dikenal pasti dijangka mempunyai kesan yang ketara ke atas kawasan di sekitarnya. Walau bagaimanapun, semua MAIC yang diramalkan di ASR yang dikenalpasti berada di bawah Acute Exposure Guideline Level-1 (Non-disabling) yang diterima pakai untuk bahan pencemar udara yang ditetapkan.