Menghasilkan enzim daripada bahan buangan pertanian seperti sisa buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan mikroorganisma.Enzim ialah Sejenis protein yang berfungsi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses tindak balas dalam tubuh badan manusia.Selain itu, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pencegahan dan Pengurangan dapat menukar sisa domestik terutamanya sisa buah-buahan kepada bahan yang berfaedah iaitu eko-enzim. Eko-enzim yang dihasilkan melalui proses penapaian merupakan hasil semula jadi dan lebih selamat untuk alam sekitar. Seterusnya, Larutan eko-enzim yang dihasilkan dengan menggunakan sisa buah-buahan boleh memberi sumbangan kepada Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Eko-enzim yang dibuktikan berkesan akan memenuhi keperluan bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa berdasarkan kategori Pencegahan dan Pengurangan. Akhir sekali, Penggunaan eko-enzim sebagai pembersih bahan berminyak dari longkang atau saliran, contohnya di kawasan rumah atau kedai mengaplikasikan TH dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Rawatan dan Pemprosesan. Sisa buah-buahan apabila diolah melalui proses fermentasi menjadi lebih berfaedah dan bermanfaat kepada kehidupan serta mesra alam. Sisa buah-buahan yang diolah mengandungi enzim dan boleh memecahkan lemak serta gris kepada molekul-molekul kecil sekaligus menjadikan proses pembersihan lebih berkesan. Lemak dan gris yang telah bertukar menjadi molekul-molekul kecil lebih mudah mengalir dan tidak menyumbatkan saliran bangunan. Selain itu, hasil kumbahan yang dirawat dengan eko-enzim adalah lebih selamat dan mesra alam apabila dilepaskan ke dalam sistem saliran.