Sukan air juga mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri.Oleh sebab kebanyakan sukan air ini melibatkan kemahiran menggunakan peralatan,peserta mestilah mematuhi arahan yang diberikan.Aspek keselamatan perlulah diutamakan.Bagi sukan air secara berkumpulan,berada di dasar laut dalam aktiviti selam skuba misalnya,sudah pasti akan memupuk sikap saling mempercayai,persefahaman,dan perpaduan yang eray.Banyak lagi nilai murni lain yang dapat diterapkan antaranya termasuklah keberanian,yakin diri,dan menghargai masa.Pendedahan yang berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup.