Ketegangan situasi pertandingan seperti perbezaan mata atau jaringan akan meningkatkan tingkah laku agresif. Semakin besar perbezaan mata atau jaringan, maka semakin banyak kekasaran dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan. Jika kedudukan seri atau perbezaan jumlah mata kecil, perlakuan agresif berkurangan kerana atlet bimbang tentang risiko yang bakal dihadapi jika melakukan tindakan agresif.